Notis Privasi | Takeda Malaysia

Notis Privasi


Lihat dalam Bahasa Inggeris >

Kali Terakhir Dikemaskinikan: Februari 2021

Takeda mengiktiraf dan menghormati hak privasi individu berkenaan data peribadi mereka. Notis Privasi (“Notis”) ini menerangkan jenis data peribadi yang mungkin kami kumpulkan tentang anda dan cara kami menggunakannya.

Privasi anda adalah penting bagi kami. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai amalan privasi Takeda atau ingin menggunakan hak anda berkaitan dengan data peribadi yang telah dikumpulkan oleh Takeda tentang anda, sila hubungi kami seperti yang diterangkan dalam bahagian "Cara Menghubungi Kami" di bawah.

Kebolehgunaan dan Organisasi yang Dilindungi oleh Notis Privasi Ini

Takeda ialah sekumpulan syarikat yang beroperasi secara global. Perusahaan Takeda (“Takeda”, “kami”) merangkumi syarikat induk Takeda Pharmaceutical Company Limited dan entiti gabungannya. Untuk maklumat hubungan yang berkaitan dengan entiti gabungan tempatan anda, sila rujuk laman web Takeda di https://www.takeda.com/worldwide.

Notis ini terpakai untuk laman web Takeda, serta perkhidmatan dan aktiviti Takeda lain yang memaparkan atau merujuk Notis ini (bersama-sama “Perkhidmatan”).

Mana-mana orang yang mengakses, melayari atau sebaliknya menggunakan Perkhidmatan, sama ada secara manual atau menerusi suatu peranti atau program automatik, akan dianggap sebagai “Pengguna.”

Data Peribadi yang Kami Kumpul dan Gunakan

Takeda mengumpul data peribadi untuk beroperasi dengan berkesan dan menyediakan pengalaman yang terbaik daripada Perkhidmatan kami kepada anda.

Takeda mungkin mengumpul maklumat secara terus daripada anda menerusi interaksi anda dengan kami apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan, menandatangani kontrak dengan kami, menyerahkan permohonan kepada kami dan menerusi pelbagai penglibatan lain yang mungkin wujud di antara kami dengan anda. Kami mungkin menggunakan teknologi yang mengumpul maklumat secara automatik ketika anda melayari laman kami, melihat iklan kami atau menggunakan produk atau perkhidmatan kami.

Kami juga mungkin mengumpul maklumat tentang anda daripada pihak ketiga, seperti vendor, pembekal, kontraktor dan rakan kongsi perniagaan kami. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan data pihak ketiga tersebut untuk mengesahkan maklumat hubungan atau kewangan, untuk mengesahkan kelayakan pakar penjagaan kesihatan dan untuk menyemak rujukan.

Jenis data peribadi yang kami kumpul adalah bergantung pada interaksi anda dengan Takeda dan Perkhidmatan Takeda yang anda gunakan. Jenis data peribadi khusus yang kami proses tentang anda akan digariskan dalam notis privasi khusus yang anda terima daripada kami. Jika anda hanya melayari salah satu laman web Takeda, kami hanya akan memproses jenis data peribadi yang terhad seperti:

  • Nama dan maklumat untuk dihubungi: Kami mungkin mengumpul nama, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, nombor telefon dan maklumat lain yang serupa jika anda secara sukarela memberikannya kepada kami.

  • Data penggunaan: Kami mungkin mengumpul data tentang cara anda dan peranti anda berinteraksi dengan Perkhidmatan kami, seperti alamat protokol Internet (IP) yang digunakan untuk menyambungkan komputer anda ke Internet, maklumat log masuk anda, jenis dan versi pelayar, tetapan zon waktu, jenis dan versi pasang masuk pelayar, sistem pengendalian dan platform; Maklumat tentang lawatan anda dan aktiviti dalam talian (cth., masa respons halaman, ralat muat turun, tempoh lawatan ke halaman tertentu, maklumat interaksi halaman (seperti skrol, klik dan mengalih tetikus) dan kaedah yang digunakan untuk keluar dari halaman.

  • Data hubungan dan interaksi: Kami mungkin mengumpul data tentang interaksi dan mesyuarat kami, seperti apabila anda menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat dan sokongan.

  • Data lokasi: Kami mungkin mengumpul data yang tidak tepat seperti lokasi yang diperoleh daripada alamat IP atau data anda yang menunjukkan lokasi anda secara kurang tepat, seperti pada peringkat bandar atau poskod.

  • Maklumat yang Diperlukan Mengikut Undang-undang: Kami mungkin mengumpul data tambahan tentang anda yang berkaitan dengan keselamatan pesakit dan kejadian buruk atau data yang mungkin diperlukan oleh undang-undang yang terpakai kepada Takeda.

Dalam sesetengah kes dan hanya untuk jenis perkhidmatan yang tertentu, kami mungkin mempertingkatkan maklumat individu-individu yang kami ada dengan maklumat yang kami terima daripada pihak ketiga dan dengan maklumat yang tersedia kepada umum atau komersial dan/atau yang diperoleh melalui sebarang cara undang-undang yang lain.

Sebagai contoh, kami mungkin mengumpul maklumat yang tersedia kepada umum, termasuklah siaran dalam talian, platform media sosial, pangkalan data penerbitan, jurnal dan masyarakat. Harap maklum bahawa sebarang maklumat yang anda siarkan atau dedahkan melalui perkhidmatan ini mungkin menjadi maklumat yang boleh diakses oleh pengguna perkhidmatan yang anda berikan dan kepada orang awam. Kami menggesa anda supaya berhati-hati apabila membuat keputusan untuk mendedahkan data peribadi anda atau sebarang maklumat lain, dalam forum ini, dan menyemak dengan teliti dan memahirkan diri anda dengan tetapan dan pilihan privasi yang berkenaan.

Cara Kami Menggunakan Data Peribadi

Bergantung pada hubungan anda dengan Takeda, Takeda menggunakan data peribadi yang kami kumpulkan untuk beberapa tujuan asas, yang diterangkan dengan lebih terperinci di bawah: (1) untuk operasi perniagaan (pemasaran dan jualan, penyelidikan dan pembangunan, sokongan pesakit, derma dan tajaan, komunikasi ), (2) untuk pentadbiran perniagaan (kewangan dan perakaunan, sumber manusia, aktiviti pencegahan dan penyiasatan), (3) untuk pengurusan perniagaan (audit dalaman, pengurusan aset, sistem dan kawalan perniagaan) dan (4) untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan jaminan kakitangan Takeda dan untuk mematuhi keperluan dan kewajipan undang-undang. Takeda tidak menjual data peribadi anda.

Kami mungkin menggunakan data peribadi:

  • Untuk berkomunikasi dengan anda mengenai sebarang permintaan atau pertanyaan yang mungkin anda serahkan dan untuk memberikan sokongan atau Perkhidmatan yang berkaitan kepada anda.

  • Untuk menghubungi anda dari semasa ke semasa untuk memberikan maklumat penting, notis yang diperlukan dan bahan promosi kepada anda.

  • Untuk menghantar maklumat pentadbiran kepada anda, contohnya, maklumat mengenai (perubahan kepada) Perkhidmatan yang kami sediakan.

  • Untuk memperibadikan pengalaman anda ketika menggunakan Perkhidmatan kami dengan memperkenalkan produk dan tawaran yang disesuaikan untuk anda apabila relevan dan bersesuaian.

  • Untuk tujuan perniagaan kami, seperti analisis data, audit, pemantauan dan pencegahan penipuan, membangunkan produk baharu, meningkatkan, menambah baik atau mengubah suai Perkhidmatan kami, mengenal pasti trend penggunaan, menentukan keberkesanan kempen promosi kami, menjalankan kaji selidik, dan mengendalikan serta mengembangkan aktiviti perniagaan kami.

  • Untuk memahami keberkesanan produk dan Perkhidmatan kami kepada anda dengan lebih baik, untuk menjejaki dan bertindak balas terhadap kebimbangan keselamatan, dan untuk terus membangunkan dan menambah baik produk serta Perkhidmatan kami.

  • Seperti yang kami percaya perlu atau sesuai: (a) di bawah undang-undang yang terpakai, termasuk undang-undang di luar negara tempat tinggal anda; (b) untuk mematuhi proses undang-undang; (c) untuk bertindak balas terhadap permintaan daripada pihak berkuasa awam atau kerajaan, termasuk pihak berkuasa di luar negara tempat tinggal anda; (d) untuk menguatkuasakan terma dan syarat kami; (e) untuk melindungi operasi kami atau operasi mana-mana entiti gabungan kami; (f) untuk melindungi hak, privasi, keselamatan atau harta kami, dan/atau hak milik entiti gabungan kami, anda atau orang lain; (g) untuk membolehkan kami meneruskan tindakan pemulihan yang ada atau mengehadkan kerosakan yang mungkin kami tanggung.

Asas Undang-undang untuk Memproses Data Peribadi

Apabila Takeda terlibat dalam pemprosesan data peribadi anda, kami hanya akan berbuat demikian jika tindakan tersebut dibenarkan, yang juga dirujuk sebagai mempunyai asas dari segi undang-undang untuk memproses data peribadi anda. Asas undang-undang yang akan dilandaskan oleh Takeda termasuk:

  • apabila kami mempunyai kontrak atau perjanjian dengan anda – contohnya, kontrak untuk membekalkan barangan atau perkhidmatan (iaitu

  • apabila anda berinteraksi dengan kami untuk melawat acara anjuran Takeda atau maklumat pesanan dalam talian) atau kontrak pekerja;

  • apabila kami mesti mematuhi kewajipan undang-undang – contohnya, apabila pemprosesan data anda merupakan keperluan dari segi undang-undang. Contohnya, di sesetengah negara terdapat keperluan untuk telus mengenai interaksi dengan pakar penjagaan kesihatan, atau untuk memberikan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kejadian buruk yang berkaitan dengan penggunaan produk kami;

  • apabila pemprosesan data melibatkan kepentingan utama anda – contohnya, apabila hal itu mungkin melindungi nyawa anda;

  • apabila memproses data anda untuk kepentingan sah kami sebagai syarikat farmaseutikal menurut dasar korporat kami – contohnya, untuk berkomunikasi dengan anda tentang produk dan perkhidmatan kami, tentang penyelidikan saintifik dan peluang pendidikan, tinjauan penyelidikan saintifik dan pasaran, serta untuk penerusan operasi perniagaan kami yang berkesan.

Dalam semua situasi yang tidak terdapat asas undang-undang lain, Takeda akan meminta persetujuan anda (dikenali sebagai “persetujuan”) sebagai asas undang-undang untuk memproses data peribadi anda.

Harap maklum bahawa jika anda memberikan persetujuan anda, anda juga boleh pada bila-bila masa menarik balik persetujuan anda dengan menghubungi kami seperti yang diterangkan dalam bahagian “Cara Menghubungi Kami”. Adalah penting untuk turut mengetahui bahawa anda mempunyai hak lain berkenaan pemprosesan data peribadi anda, lihat bahagian “Hak anda berkaitan dengan data peribadi anda”.

Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Peribadi

Kami berkongsi data dengan entiti gabungan dan anak syarikat yang dikawal Takeda; dengan vendor yang bekerja bagi pihak kami; apabila dikehendaki oleh undang-undang atau untuk bertindak balas terhadap proses undang-undang; untuk melindungi pelanggan kami; untuk melindungi nyawa; untuk mengekalkan keselamatan Perkhidmatan kami; dan untuk melindungi hak atau harta Takeda.

Dalam kes yang sedemikian, Takeda akan memerlukan pihak ketiga ini untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi yang dikongsi dengan mereka. Pihak ketiga ini akan dikehendaki bersetuju bahawa mereka tidak akan menggunakan atau mendedahkan data peribadi tentang anda kecuali sebagaimana yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami atau melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami, atau sebagaimana yang diperlukan untuk mematuhi undang-undang atau peraturan yang terpakai.

Takeda mungkin berkongsi data peribadi anda dengan entiti gabungan dan pihak ketiga seperti yang berikut:

  • Antara entiti gabungan untuk tujuan yang diterangkan dalam Notis ini. Takeda ialah pihak yang bertanggungjawab untuk pengurusan data peribadi yang digunakan secara bersama.

  • Kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami yang menyediakan perkhidmatan seperti pengehosan laman web, analisis data, pemprosesan pembayaran, pemenuhan pesanan, teknologi maklumat dan penyediaan infrastruktur yang berkaitan, perkhidmatan pelanggan, penghantaran e-mel, pengauditan dan perkhidmatan lain yang serupa. Dasar Takeda menghendaki pembekal perkhidmatan kami mematuhi sekatan yang wajar terhadap akses dan penggunaan data peribadi anda.

  • Kepada pihak ketiga untuk membenarkan mereka menghantar komunikasi pemasaran.

  • Kepada penaja pihak ketiga bagi cabutan bertuah, peraduan dan promosi yang serupa.

Kami juga mungkin mendedahkan data peribadi anda dalam keadaan berikut:

Sekiranya berlaku penggabungan, penyusunan semula, pemerolehan, usaha sama, penyerahan hak, durian runtuh, pemindahan atau penjualan atau pelupusan semua atau mana-mana bahagian perniagaan kami, termasuk yang berkaitan dengan sebarang kebankrapan atau prosiding yang serupa. Seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, termasuk undang-undang di luar negara tempat tinggal anda, untuk mematuhi sepina, pendaftaran yang diperlukan atau proses undang-undang. Kami juga mungkin mendedahkan data agregat atau tanpa pengenal diri yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi kepada pihak ketiga. Data agregat dicipta dengan mengumpulkan dan memproses maklumat tentang individu dan meringkaskan data tersebut bagi menghapuskan kemungkinan untuk mengenal pasti individu.

Cara Kami Melindungi Data Peribadi Anda

Kami telah melaksanakan pelbagai teknologi keselamatan dan prosedur organisasi untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, penggunaan dan pendedahan yang tidak dibenarkan. Contohnya, kami menyimpan data peribadi anda pada sistem komputer yang mempunyai pelbagai jenis kawalan capaian teknikal dan fizikal, seperti penyulitan. Takeda telah melaksanakan kawalan keselamatan data yang selaras dengan standard industri; namun, Takeda tidak dapat menjamin keselamatan maklumat anda. Adalah penting untuk anda turut melindungi kata laluan, komputer, peranti mudah alih anda, dan sebagainya daripada akses yang tidak dibenarkan. Jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat (contohnya, jika anda merasakan bahawa keselamatan mana-mana akaun yang mungkin anda ada dengan kami telah terjejas), sila maklumkannya kepada kami dengan segera seperti, yang diterangkan dalam bahagian “Cara Menghubungi Kami” di bawah.

Lokasi Penyimpanan dan Pemprosesan Data Peribadi

Memandangkan Takeda merupakan sebuah organisasi multinasional yang berlokasi di banyak negara di seluruh dunia, data peribadi anda mungkin disimpan dan diproses di mana-mana negara tempat kami beroperasi, termasuk di lokasi yang menempatkan kemudahan kami, atau di mana kami melibatkan pembekal perkhidmatan. Takeda melaksanakan langkah-langkah untuk memproses data peribadi mengikut peruntukan Notis ini dan keperluan undang-undang yang terpakai.

Takeda boleh memindahkan data peribadi ke negara-negara yang bukan negara tempat tinggal anda. Undang-undang di negara penerima mungkin tidak memberikan perlindungan yang ketat untuk data peribadi seperti negara tempat tinggal anda. Dalam keadaan apabila tahap perlindungan yang disediakan oleh negara penerima adalah lebih rendah, Takeda memberi jaminan bahawa perlindungan yang mencukupi telah disediakan dan undang-undang serta peraturan yang terpakai dengan pemindahan tersebut dipatuhi.

Dalam kes tertentu, Takeda memberi jaminan untuk membuat perjanjian kontrak (cth, Klausa Kontrak Standard Kesatuan Eropah) atau bergantung pada mekanisme pemindahan data lain yang tersedia yang bertujuan untuk memberikan perlindungan yang mencukupi. Salinan kontrak boilerplate Klausa Kontrak Standard EU boleh didapati di: http://ec.europa.eu/justice/data-protection/international-transfers/transfer/Go to http://ec.europa.eu/justice/data-protection/international-transfers/transfer/.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai perlindungan yang telah disediakan oleh Takeda bagi mengawal pemindahan data peribadi merentas sempadan, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam bahagian “Cara Menghubungi Kami”.

Tempoh Pengekalan

Takeda akan mengekalkan data peribadi anda hanya untuk suatu tempoh minimum yang diperlukan bagi memenuhi tujuan yang digariskan dalam Notis ini melainkan tempoh pengekalan yang lebih lama diperlukan atau yang dibenarkan oleh undang-undang.

Hak Anda Berkaitan dengan Data Peribadi Anda

Anda mempunyai pilihan tentang data yang kami kumpul. Apabila anda diminta untuk berkongsi data peribadi anda dengan Takeda, anda boleh menolaknya; walau bagaimanapun, pilihan untuk tidak berkongsi data peribadi anda dengan Takeda mungkin bermaksud bahawa anda tidak akan dapat menggunakan atau mendapat manfaat (sepenuhnya) daripada Perkhidmatan, ciri atau tawaran kami.

Takeda menghormati hak anda, atau apabila dibenarkan oleh undang-undang, ejen anda yang diberi kuasa, untuk mengetahui dan bertanya tentang data peribadi yang telah kami kumpul, gunakan atau dedahkan. Selain itu, anda atau ejen anda yang diberi kuasa, berhak untuk meminta data peribadi tersebut dibetulkan atau dipadamkan, serta meminta data peribadi anda yang dipegang oleh pihak ketiga yang berurus niaga dengan kami dialih keluar. Takeda tidak akan mendiskriminasikan anda berdasarkan pelaksanaan anda atas mana-mana hak ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hak privasi anda, atau jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah secara langsung dengan kami dan ingin membuat aduan, sila hubungi pihak berkuasa perlindungan data berkaitan yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa undang-undang privasi dipatuhi di negara tempat tinggal anda. Individu yang tinggal di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) boleh mendapatkan senarai pihak berkuasa perlindungan data tempatan mereka menerusi https://edpb.europa.eu/about-edpb/board/members_enGo to https://edpb.europa.eu/about-edpb/board/members_en. Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai pihak berkuasa perlindungan data bidang kuasa lain, sila hubungi kami seperti yang diterangkan dalam bahagian “Cara Menghubungi Kami” di bawah.

Jika anda ingin membuat permintaan untuk Takeda mengakses, membetulkan atau memadamkan data peribadi yang telah anda berikan kepada Takeda, sila hubungi kami seperti yang diterangkan dalam bahagian “Cara Menghubungi Kami” di bawah, dan kami akan membalasnya dalam tempoh masa yang munasabah. Kami akan melakukan usaha secara penuh kepercayaan untuk memberi anda akses kepada data peribadi anda dan untuk membetulkan sebarang ketidaktepatan atau memadamkan maklumat tersebut atas permintaan anda sekiranya ia tidak perlu dikekalkan mengikut undang-undang atau di bawah pengecualian lain yang dibenarkan oleh undang-undang. Jika atas sebarang sebab permintaan anda telah ditolak, kami akan memaklumkannya kepada anda. Sebelum memenuhi permintaan anda, kami mungkin memerlukan maklumat tambahan daripada anda untuk menentusahkan identiti anda.

Anda akan dimaklumkan oleh Takeda sekiranya ia bercadang untuk menggunakan data anda bagi tujuan pemasaran dan untuk menghantar komunikasi pemasaran kepada anda atau jika ia bercadang untuk mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga untuk tujuan yang sedemikian. Anda berhak memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran yang dihantar oleh Takeda kepada anda. Anda boleh menggunakan hak anda untuk menghalang pemprosesan sedemikian dengan memaklumkannya kepada Takeda pada bila-bila masa bahawa anda tidak ingin menerima pemasaran sedemikian. Jika anda ingin menggunakan hak ini, sila gunakan fungsi “nyahlanggan” dalam komunikasi yang berkaitan atau rujuk bahagian “Cara Menghubungi Kami” di bawah.

Kanak-kanak

Takeda mengendalikan maklumat kanak-kanak dengan lebih berhati-hati untuk memastikan mereka menerima perlindungan dan keselamatan tambahan. Kami mungkin dalam beberapa keadaan mengumpulkan data peribadi tentang kanak-kanak dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga untuk penyediaan Perkhidmatan kami seperti aktiviti klinikal atau untuk program sokongan pesakit. Walau bagaimanapun, kami tidak akan dengan secara sengaja meminta data daripada atau memasarkan kepada, kanak-kanak.

Sebagai ibu bapa atau penjaga, jika anda ingin mengalih keluar data peribadi yang berkaitan dengan anak anda, sila hubungi kami seperti yang diterangkan dalam bahagian "Cara Menghubungi Kami" di bawah.

Rangkaian Sosial

Secara amnya, rangkaian sosial ialah alat interaktif yang membolehkan anda bekerjasama dan berkongsi maklumat. Takeda mungkin mengumpul data peribadi tertentu daripada anda untuk membolehkan anda menggunakan ciri rangkaian sosial dalam talian. Takeda juga boleh menggunakan alat ini untuk menyiarkan atau berkongsi data peribadi dengan orang lain. Ketika menggunakan rangkaian sosial, anda hendaklah sangat berhati-hati tentang data peribadi yang anda pilih untuk dikongsi dengan orang lain. Takeda memberi notis dan pilihan tentang cara data peribadi dikumpulkan, digunakan dan didedahkan menerusi laman webnya, rangkaian sosial dan perkhidmatan lain. Apabila terlibat dalam aktiviti rangkaian sosial, anda tidak patut menyiarkan maklumat tentang pihak ketiga tanpa persetujuan mereka.

Perkhidmatan Pihak Ketiga

Notis ini tidak menyatakan, dan Takeda tidak bertanggungjawab terhadap, terma penggunaan, maklumat atau amalan privasi mana-mana pihak ketiga, termasuk mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan mana-mana laman atau perkhidmatan yang dipautkan kepada Perkhidmatan Takeda kami. Pautan yang disertakan pada Perkhidmatan Takeda tidak menandakan pengesahan kami atau entiti gabungan kami terhadap laman atau perkhidmatan yang dipaut.

Harap maklum bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar dan amalan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan (termasuk amalan keselamatan data) organisasi bukan Takeda yang lain, seperti Facebook, Apple, Google, Microsoft atau mana-mana pembangun aplikasi lain, pembekal aplikasi, pembekal platform media sosial, pembekal sistem pengendalian, pembekal perkhidmatan wayarles atau pengeluar peranti. Jika anda memilih untuk berkongsi atau mendedahkan data peribadi anda kepada organisasi lain melalui, atau yang berkaitan dengan halaman media sosial kami, anda hendaklah merujuk kepada notis privasi dan terma penggunaan yang disediakan oleh organisasi tersebut. Takeda menggalakkan anda menyemak dan memahirkan diri dengan tetapan dan fungsi privasi yang berkenaan bagi platform dan aplikasi pihak ketiga ini.

Cara Menghubungi Kami

Takeda mengalu-alukan sebarang soalan atau komen yang mungkin anda ada mengenai Notis ini atau pelaksanaannya. Anda juga boleh meminta Notis ini dalam format alternatif disebabkan oleh ketidakupayaan, jika perlu. Sebarang soalan, komen atau permintaan sedemikian hendaklah dikemukakan menggunakan maklumat hubungan di bawah. Harap maklum bahawa komunikasi e-mel tidak sentiasa selamat, jadi kami menggalakkan anda untuk tidak menyertakan maklumat sensitif dalam e-mel anda kepada kami.

Butiran Hubungan:

Jika anda ingin menggunakan hak individu anda, sila hubungi kami dengan mengakses borang web Hak Individu kami. Jika anda mempunyai soalan tentang Notis Privasi ini, sila hubungi kami melalui e-mel.

Alamat E-mel: [email protected]

Selain itu, di Amerika Syarikat, anda boleh menghubungi Takeda menerusi talian 1-800-676-8975.

Pengemaskinian Notis Privasi Kami

Takeda boleh mengemaskinikan Notis ini dari semasa ke semasa. Jika kami melakukan sebarang perubahan, Notis yang telah dikemaskinikan akan disiarkan berserta dengan pindaan tarikh berkuat kuasa.