Notis Privasi CRM (Untuk pakar penjagaan kesihatan) | Takeda Malaysia

Notis Privasi CRM (Untuk pakar penjagaan kesihatan)


Lihat dalam Bahasa Inggeris >

Tarikh berkuat kuasa notis privasi ini: Ogos 2023

Privasi anda serta perlindungan data peribadi anda adalah penting bagi kami. Notis Privasi ini menjelaskan jenis data peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda dan bagaimana kami menggunakannya untuk tujuan Pengurusan Perhubungan Pelanggan ("Customer Relationship Management", CRM).

Takeda ialah sekumpulan syarikat yang beroperasi secara global. Perusahaan Takeda merangkumi syarikat induk Takeda Pharmaceutical Company Limited dan entiti gabungannya (secara kolektif “Takeda” atau “Kami”). Untuk maklumat hubungan yang berkaitan dengan entiti gabungan tempatan anda, sila rujuk laman web Takeda di https://www.takeda.com/worldwide.

Kami memproses data peribadi anda untuk tujuan pengurusan interaksi kami termasuk untuk membalas pertanyaan serta permintaan anda; untuk melancarkan jualan dan pemasaran produk Takeda; untuk pengurusan mesyuarat dan acara; untuk bekerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan; untuk penyelidikan pasaran dan analisis; dan secara umum, untuk menyediakan maklumat yang mungkin anda inginkan.

Data peribadi yang kami kumpulkan termasuk maklumat hubungan (perniagaan) anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama anda, nama keluarga, nombor telefon perniagaan dan alamat e-mel, butiran syarikat, dan jawatan anda, maklumat kehidupan profesional (contohnya kepakaran dan minat anda); dan maklumat tentang interaksi dan mesyuarat kami. Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat mengenai anda melalui pihak ketiga yang dibenarkan untuk berkongsi maklumat sedemikian dengan kami.

Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi perniagaan di seluruh dunia yang bekerjasama dengan kami untuk memenuhi tujuan di atas (contohnya perkhidmatan pencapaian, sokongan teknikal, perunding luaran dan penasihat luaran). Kami juga mungkin berkongsi maklumat anda dengan entiti gabungan dan anak syarikat Takeda yang lain. Perkongsian data peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan ke negara lain. Undang-undang perlindungan data and privasi di negara-negara lain tersebut mungkin memberikan tahap perlindungan yang berbeza. Takeda akan menyediakan perlindungan yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda yang berkaitan dengan pemindahan tersebut.

Kami menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan bagi melaksanakan tujuan di atas. Kami juga boleh menyimpan data anda untuk tempoh yang munasabah selepas penamatan hubungan anda dengan kami melainkan tempoh pengekalan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

Penggunaan data peribadi anda oleh kami seperti yang dijelaskan di atas adalah untuk kepentingan kami yang sah dalam mempromosikan produk kami dan kesedaran penyakit; bagi memenuhi tanggungjawab kontraktual kami terhadap anda; untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami; atau berdasarkan persetujuan anda.

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda, meminta pembetulan dan pemadaman data peribadi anda atau meminta agar penggunaan data peribadi anda dihadkan. Di mana penggunaan data peribadi anda oleh kami adalah berdasarkan persetujuan anda, anda juga mempunyai hak untuk menarik kembali persetujuan anda pada bila-bila masa. Untuk melaksanakan mana-mana hak ini, sila hantar permintaan anda kepada kami menggunakan Borang Permintaan Privasi kami di https://www.takeda.com/individualrights.

Jika borang tidak tersedia dalam bahasa yang anda ingin gunakan untuk berkomunikasi, atau anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permintaan lain, anda juga boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data Takeda di .

Jika anda mempunyai aduan tentang cara data peribadi anda diproses, anda juga boleh menghubungi Pihak Berkuasa Penyeliaan Perlindungan Data di wilayah anda.

Untuk maklumat lanjut tentang cara Takeda memproses data peribadi anda dan hak anda berkaitan pemprosesan ini, sila rujuk Notis Privasi Takeda di www.takeda.com.